Event space hall pertama berkonsepkan ''Melayu Klasik"

FAQ

Soalan Lazim

Akad Hall

Apakah jenis majlis yang boleh diadakan di Akad Hall?

Akad Hall menyediakan pelbagai majlis, termasuk walimaturus, pertunangan, majlis korporat, makan malam, dan acara istimewa lain yang memerlukan suasana elegan dan selesa.

Adakah terdapat pakej lengkap (All-In) yang disediakan?

Ya, kami menawarkan pakej All-In yang merangkumi dekorasi, katering, sistem audio, dan banyak lagi. Anda hanya perlu pilih pakej yang sesuai, dan kami akan uruskan semuanya.

Adakah terdapat bilik persiapan untuk pengantin?

Ya, Akad Hall menyediakan bilik persiapan yang selesa dan esklusif untuk pengantin serta keluarga terdekat.

Berapakah kapasiti tetamu yang boleh ditampung oleh Akad Hall?

Akad Hall boleh menampung sehingga 300 tetamu dengan susunan yang selesa dan kemas.

Adakah Akad Hall menyediakan tempat letak kereta?

Ya, kami menyediakan tempat letak kereta yang dijaga rapi oleh RELA dan selamat untuk kemudahan tetamu yang hadir.

Adakah Akad Hall Menyediakan Vendor Katering?

Ya, kami bekerja dengan vendor katering yang berpengalaman dan fleksibel mengikut citarasa anda.

Bolehkah kami membawa vendor luar untuk katering atau dekorasi?

Kami mempunyai vendor katering dan dekorasi yang terlatih dan berpengalaman, namun perbincangan boleh diadakan untuk membenarkan vendor luar dengan syarat-syarat tertentu.

Apakah Jadual Masa Dewan?

Setiap pakej termasuk tempoh majlis selama 5 jam.

Siang: 11.00 am - 4.00 pm
Malam: 6.00 pm - 11.00 pm

Adakah Perkhidmatan Rundingan (Consultation) Disediakan?

Ya, kami menyediakan sesi rundingan percuma untuk membantu anda merancang majlis dengan lebih teratur.

Bagaimana Jika Saya Memerlukan Ubah Suai Pakej?

Pakej kami fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keperluan majlis anda.

Adakah Dewan Ini Mesra OKU?

Ya, Akad Hall mesra OKU dengan akses khas dan kemudahan yang sesuai untuk semua tetamu.

Adakah semua keperluan majlis termasuk dalam pakej?

Ya, pakej Akad Hall merangkumi segalanya – dari pelamin, makan beradap, katering buffet, PA system, floor manager/emcee, hingga jurugambar profesional. Anda hanya perlu hadir dan menikmati hari bahagia anda!

Berapakah harga pakej untuk Akad Hall?

Harga pakej bermula dari RM11,900 untuk 100 pax hingga RM23,900 untuk 1000 pax. Untuk maklumat lengkap setiap pakej, sila rujuk gambar yang disediakan.

FAQ image

Berapakah harga mengikut PAX untuk Akad Hall?

100 PAX = RM11,900.
200 PAX = RM13,900.

300 PAX = RM14,900.

400 PAX= RM16,900.

500 PAX = RM17,900.

600 PAX = RM18,900.

700 PAX = RM19,900.

800 PAX = RM20,900.

900 PAX = RM22,900.

1000 PAX = RM23,900.

FAQ image

Adakah harga pakej boleh dirunding?

Harga pakej telah ditetapkan, namun kami boleh berbincang jika terdapat keperluan khas yang anda perlukan.

FAQ image

Bolehkah saya naik taraf pakej saya sekiranya bilangan tetamu bertambah?

Sudah tentu! Sila maklumkan kepada kami awal untuk memastikan persiapan yang sempurna.

Adakah terdapat perbezaan harga untuk majlis pada waktu siang dan malam?

Harga adalah sama untuk waktu siang dan malam, bergantung pada pakej PAX yang dipilih.

Bolehkah saya menambah masa jika memerlukan waktu lebih panjang?

Ya, waktu tambahan boleh diatur dengan caj tambahan bergantung pada ketersediaan dewan.

Bolehkah jadual majlis diubah?

Jadual kami adalah fleksibel mengikut slot yang tersedia. Sila berbincang dengan kami untuk menyesuaikan masa majlis anda.

Bagaimana cara untuk menghubungi Akad Hall?

Anda boleh menghubungi kami melalui telefon, e-mel, atau media sosial.

Telefon : 018-900 2778
Email: [email protected]
IG/TikTok/Facebook : Akad Hall

Bagaimana cara untuk melihat dewan sebelum membuat tempahan?

Anda boleh daftar untuk dapatkan Virtual 3D Tour percuma kami!

Apakah Polisi Pembatalan Tempahan?

Tempoh standard adalah 6-8 jam, tetapi masa tambahan boleh diaturkan dengan kos tambahan.

Copyright 2024. | Akad Hall Company | All rights reserved